Pages

  • Home

Blog Archive

  • ►  2012 (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2011 (6)
    • ►  December (3)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  February (1)
  • ▼  2010 (7)
    • ►  December (2)
    • ►  July (1)
    • ►  May (2)
    • ▼  April (1)
      • hamba...pedih ulu hati???huhu
    • ►  January (1)
  • ►  2009 (3)
    • ►  September (1)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)

About Me

My Photo
cinta-hamba
View my complete profile

My Blog List

  • Chloe Diaries
  • MAWAR HATI
  • ~NoRasMiDaR~
  • Pelayaran
  • PEMBANTU PERPUSTAKAAN
  • SoffieSoffea's
  • ~~sukma hatiku~~~

untaian kata cinta

"Cinta bukan mengajar kita lemah,tetapi membangkitkan kekuatan.
Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan.
Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.."-HAMKA-




Pesanan dari hamba


click to create your own

seindah namaNYA.

Asmaul Husna 99 Beautiful Names of Allah

renungan bersama

demi masa...


The Widgipedia gallery
requires Adobe Flash
Player 7 or higher.

To view it, click here
to get the latest
Adobe Flash Player.
Get this widget from WidgipediaMore Web & Desktop Widgets @ WidgipediaMore Web & Desktop Widgets @ Widgipedia

irama kesukaan hamba




Gratisan Musik

Followers

Thursday, April 29, 2010

hamba...pedih ulu hati???huhu

















Sekian lama tidak meng update blog ini, setebal buku rasanya sawang-sawang ni kalau dikumpul.hehe..Alhamdulillah,hamba kini kembali..=)
nak dijadikan cerita, minggu lepas hamba mengalami kesakitan berulang kt bahagian tgh hati hamba,ape org ckp tu,pedih ulu hati..punya lah sakit..baru lah hmba tahu sakitnya penyakit pedih ulu hati tu..huhu..pg jmpa doktor, dia ckp penyakit ni bwh gastrik. dan punca hmba kena pedih ulu hati ni, sbb jadual mkn hmba tak teratur dan hamba slalu tak jaga mkn..masuk kelab gastrik dah hamba ni..mksudnya kena jaga pemakanan lah..insyaAllah, hamba dalam usaha nak jga jadual mkn hamba..ni hamba nak share sedikit sebanyak info yang hamba dpt mengenai pedih ulu hati..

PEDIH ULU HATI

Pedih ulu hati atau istilah yang kerap diguna pakai dan difahami oleh sebahagian besar masyarakat masa kini diertikan sebagai kesakitan yang hadir secara tidak menentu dan berulang kali biasanya dialami pada bahagian bawah tengah bawah dada. Ia dinyatakan sebagai terasa sakit yang amat sangat di bahagian dada, di belakang tulang dada, menjalar ke atas ke bahagian leher dan tekak. Keadaan ini akan berlarutan selama antara 2-3 jam dan menjadi semakin teruk selepas makan. Gejala lain termasuklah terasa pahit dan masam akibat cecair yang naik ke tekak atau ke mulut. Berbaring atau membongkokkan badan juga boleh mencetuskan pedih hulu hati.


Apakah Penyebabnya?

Rasa pedih atau sakit yang amat sangat itu adalah disebabkan oleh pengeluaran asid yang tertolak naik dari perut melalui injap yang lemah (Sfinkter Esophagus) ke atas. Apabila asid ini naik sampai ke tekak, pesakit akan terasa masam dan pahit di dalam mulutnya.


Faktor-Faktor Yang Menyumbang Kepada Pedih Hulu Hati

• Kegemukan/obesiti
• Makan terlalu banyak
• Muntah
• Sendawa
• Berbaring
• Mengambil makanan yang melemahkan otot injap atau mengganggu esofagus seperti makanan berlemak dan berempah, meminum alkohol, kopi, coklat, minuman ringan bergas, buah-buahan sitrus dan jus atau produk tomato.
• Mengandung
• Proses penuaan biasa
• Mengambil sesetengah ubat seperti Theophylline, Oral Bronchodilator, penyekat kalsium, diazepam, vitamin C dan aspirin.

Penjagaan Sendiri

• Kurangkan berat badan (bagi mereka yang obes)
• Jangan makan terlalu banyak
• Makan sedikit dan elakkan dari mengambil snek di waktu lewat malam
• Hadkan atau elakkan makanan yang boleh menyebabkan pedih hulu hati seperti coklat, makanan berempah dan berlemak, kafein dan sebagainya.
• Jangan berbaring dalam tempoh 3 jam selepas makan
• Berhenti merokok
• Elakkan pengambilan alkohol
• Jangan memakai pakaian yang terlalu ketat
• Angkat kepala katil setinggi 6 inci dengan meletakkan buku telefon/apa-apa blok yang tebal di bawah tilam atau meletakkannya di bawah kaki katil.
• Memantau ubat-ubatan yang diambil
• Berjumpalah doktor atau pegawai farmasi berhubung cara penggunaan ubat-ubat yang dibeli di kedai seperti antasid (untuk menawarkan asid dalam perut) atau penyekat asid seperti H2 Receptor Antagonist (mengurangkan pengeluaran asid dalam perut).

Berjumpalah Doktor Sekiranya...

• Terasa sakit dan sesak nafas dalam satu masa atau gejala-gejala lain yang mirip kepada masalah jantung
• Anda mengesyaki ubat yang diambil menyebabkan pedih hulu hati
• Pedih hulu hati yang berlarutan lebih dari 2 minggu (sejak mulanya serangan) setelah mengambil ubat yang dibeli.


~ni tips yang doktor bg,dia galakkan hamba makan pisang..pasni jd penggemar pisang lah ye cik cinta hamba ni..hehe..semoga sharing ni dapat menambahkan info semua..=)





Posted by cinta-hamba at 7:08 PM

2 comments:

Unknown said...

tu la, diet lagi. Hehehehehe....:p

July 8, 2010 at 8:03 PM
Kumang Lelang said...

I really like this post. Seminggu lepas, saya kena sakit ni. Sakit hingga guling2. Thanks for the sharing, really helps me! =)

October 31, 2010 at 1:23 AM

Post a Comment

Newer Post Older Post
Subscribe to: Post Comments (Atom)
@ 2011 cinta_hamba; Many thanks to: Blogger Templates / blog Design Company / SEO / free template Blog