Pages

  • Home

Blog Archive

  • ▼  2012 (1)
    • ▼  January (1)
      • HIJRAH??SAYONARA JAHILIYAH..KU DAMBA SOLEHAH..=)
  • ►  2011 (6)
    • ►  December (3)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2010 (7)
    • ►  December (2)
    • ►  July (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2009 (3)
    • ►  September (1)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)

About Me

My Photo
cinta-hamba
View my complete profile

My Blog List

  • Chloe Diaries
  • MAWAR HATI
  • ~NoRasMiDaR~
  • Pelayaran
  • PEMBANTU PERPUSTAKAAN
  • SoffieSoffea's
  • ~~sukma hatiku~~~

untaian kata cinta

"Cinta bukan mengajar kita lemah,tetapi membangkitkan kekuatan.
Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan.
Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.."-HAMKA-




Pesanan dari hamba


click to create your own

seindah namaNYA.

Asmaul Husna 99 Beautiful Names of Allah

renungan bersama

demi masa...


The Widgipedia gallery
requires Adobe Flash
Player 7 or higher.

To view it, click here
to get the latest
Adobe Flash Player.
Get this widget from WidgipediaMore Web & Desktop Widgets @ WidgipediaMore Web & Desktop Widgets @ Widgipedia

irama kesukaan hamba




Gratisan Musik

Followers

Sunday, January 1, 2012
In: pengisian hati

HIJRAH??SAYONARA JAHILIYAH..KU DAMBA SOLEHAH..=)


Dari Nu'man bin Basyir diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari, Rasulullah SAW mengingatkan mengenai  hati, yang bermaksud : "Ingatlah sesungguhnya di dalam jasad manusia itu ada seketul darah, jika ia baik, maka baiklah jasad. Jika ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Itulah dia hati."


Dari mata turun ke hati..pantun-pantun Melayu pun banyak mengatakan tentang hati.  Mengapa Hati?Apa kaitannya dengan HIJRAH??
   Pada hamba, memang sangat berkaitan.  Ya, kerana hati, hamba pernah lalui persimpangan yang berliku dan mengecewakan.Kerana hati juga, hamba mampu bangkit kembali,pada jalan ini.jalan tarbiyyah yang hamba tidak akan sesekali tinggalkan.
   Dari hati juga Allah ilhamkan hamba beristikharah,solat yang pernah hamba gentar untuk melakukaannya.  Alhamdulillah, Maha Suci Allah, lantaran istikaharah, hamba diberi peluang, peluang kembali pada fikrah diri..mendamba hijrah,untuk jadi baik??ya, menjadi benar-benar BAIK dan Solehah.  
   Hamba akui hamba bukan lah sebaik wanita, apatah lagi tebal iman di dada, senipis cuma.  Namun kerana tidak sebaik mana itulah, hamba seringkali alpa, sehingga lalai pada cinta manusia.  Alhamdulillah, syukur..kerana cinta manusia hamba terluka,ya memang hati hamba terluka.TAPI hamba sangat BERSYUKUR.  KERANA LUKA itu Allah memberi hamba peluang meraih CINTA NYA yang lebih AGUNG.  Kini hamba sedar, baiknya manusia bukan pada rupa, bukan pada warak luarannya, namun iman di dada itulah nilaian hatinya.  
  "Tidak  semestinya LELAKi yang BAIK itu BAIK NILAI HATINYA.  NILAI ITU CERMINAN IMAN.  Itulah pengajaran berharga yang hamba perolehi.  Manusia mampu mencipta seribu alasan untuk melukakan, namun sukar mengungkap bait kemaafan untuk hati yang telah dilukakan.  "
  CUKUP>>> SELAMAT TINGGAL JAHILIYAH HATI,  SELAMAT TINGGAL DUKA,  SELAMAT TINGGAL KENANGAN MANUSIA..


Ya Allah, 
Terima lah taubat hamba Mu ini
Hapuskan ingatan silamku
Hapuskan duka di hatiku
Hapuskan gangguan pada hatiku


Ya Allah,
Kuatkan hamba pada jalan tarbiyyahmu
Eratkan ukhwah dengan mereka yang mendamba redha Mu
Moga hati ini kembali tenang
Moga keampunan Mu mensuci titik-titik hitam di kalbu
Agar hamba ini mampu kembali kuat
Bangkit..
Kerana ku damba Solehah




   "Ibnul Qayyim rahimahullah berkata, “Barangsiapa yang menginginkan kejernihan hatinya hendaknya dia lebih mengutamakan Allah daripada menuruti pelbagai keinginan hawa nafsunya. Hati yang terkongkong oleh syahwat akan terhalang dari Allah sesuai dengan kadar kebergantungannya kepada syahwat. Hancurnya hati disebabkan perasaan aman dari hukuman Allah dan terbuai oleh kelalaian. Sebaliknya, hati akan menjadi baik dan kuat kerana rasa takut kepada Allah dan ketekunan berzikir kepada-Nya.” 

Ayuh kita lakukan penghijrahan HATI...=)







Posted by cinta-hamba at 12:02 PM 1 comments
Sunday, December 25, 2011
In: pengisian hati

Sedih+Redha..yup,kerna Hamba cuma manusia biasa...


Terkadang kita x sedar ketika musibah melanda hati, kita mengeluh..kita berduka..kita terkenang-kenang dan termenung sendiri..itulah kita..kerna kita cuma manusia..yang lemah..
Namun pada hamba, sedih itu perasaan, gembira juga perasaan.usah dilawan namun didiklah ia.
hamba bersedih,hamba juga berduka..biarkan..namun,kerna redha itu anugerah Allah, itu lah kekuatan hamba.
Alhamdulillah ya Allah, duka ini membuat hamba berfikir, membuat hamba muhasabah diri yang hina ini.Membuat hamba mula membuka mata,membuka hati..menyedari bahawa setiap yang terjadi pasti punya hikmahnya.



Mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan?
Mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kering-kontang? 
Hanya daripada benih hitam yang kusam, apabila disirami hujan lantas berbunga cantik. Maka tersenyumlah alam. Betapa indahnya aturan Tuhan.
Mengapa tidak ada hujan berpanjangan atau sinar mentari yang menyinari alam?
Mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu?


kerana.....Allah sangat menyayangi hamba Nya..hamba mungking hilang cinta manusia, namun hamba mendapat hadiah paling bermakna,Cinta Yang Maha Esa..
Dengan duka ini, bukan bermakna hidup telah berakhir..ia merupakan satu permulaan..permulaan yang telah dulu hamba tinggalkan..permulaan untuk menjadi lebih baik..benar-benar baik.
Ya,hamba akan berhijrah..hijrah atas segalanya.segala kelalaian hamba mengejar cinta manusia..sehingga pernah membuat diri ini buta..menilai kaca dan permata.
Ya Allah, hamba mohon sucikan titik-titik hitam dosa dalam hati ini,ampunilah hamba Mu ini..
Hamba bersedih dan terkilan kerana itu fitrah hamba, hamba cuma manusia yang lemah, yang juga punya hati yang rapuh.


Hamba berjanji pada diri, tak kan membiarkan hati yang rapuh ini terluka lagi..moga Allah kuatkan hati ini dengan cinta Nya..amin.
Dan hamba dengan tulusnya memaafkan segalanya..

"…dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahawa ALLAh mengampunimu. Dan ALLAh Maha Pengampun, Maha Penyayang.” 
– An Nur : 22

Nabi s.a.w bersabda, "Orang yang paling sabar diantara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." (Riwayat Ibnu Abiduyya dan Baihaqi)


Posted by cinta-hamba at 9:10 AM 1 comments
Friday, December 23, 2011
In: motivasi

LAGU: PASRAH SEGALANYA-DeHearty


Pasrah Segalanya

Album :
Munsyid : DeHearty
http://liriknasyid.com
  
Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela
Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau MAha Mengetahui
SEgala apa yang terbuku di hati

C/O:Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai
Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan

Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali mentari pagi
Setelah malamku berkalut benci

lagu yang menjadi penghibur hati hamba kini..life must go on..ALLAHUAKBAR!!!!
Posted by cinta-hamba at 11:51 PM 0 comments

Ya Allah, Hamba Redha...


 Ya Allah,Yg Maha Pemurah, Yang Maha Pengampun..
sungguh Allah itu Maha Mengetahui
Maha Pemberi Petunjuk pada doa tulus hamba Nya

dalam heningnya malam
dalam gundahnya hati
dalam sayunya jiwa
daku berserah,daku meratap hiba
titik-titik hitam yang menghijab hati
hitung dosa saat pergi takkan kembali
sisa umur tidak undur lagi

saatku rebah,saatku rapuh
pada Mu daku berserah
dalam istikharahku daku pasrah
Sungguh..ketentuan Mu daku redha
kerna Engkau Maha Mengetahu Segalanya

ku hijrahkah hati ini
ku rendam dalam bebuih kemaafan
ku siramkan dengan wangian keredhaan

sungguh,dalam hiba daku syukuri
segala yang ku lalui
kerna daku pasti 
Allah lebih menyayangi

akan ku mulakan langkah nan satu
menuju hijrah kepada Mu
kembali pada fitrahku
pada landasan Mu

daku redha atas segalanya
doaku moga bahagia milikmu
mencintai tidak semestinya memiliki
kerna pemilik yang pasti 
ialah Ilahi...





Posted by cinta-hamba at 1:05 AM 2 comments
Thursday, November 10, 2011
In: motivasi

Selamat Berjuang


Jangan katakan takut sebelum engkau melawan,
Jangan katakan sakit sebelum engkau berdarah,
Jangan katakan tidak sebelum engkau mencuba,
Jangan katakan menyerah selagi nyawa dikandung badan!

Tuhan tidak menjanjikan hari-hari tanpa sakit,
Tuhan tidak memberikan kesenangan tanpa kesusahan,
Tuhan tidak menawarkan matahari tanpa hujan,
Tetapi Allah menghadirkan kekuatan untuk menempuh kesusahan,
penghiburan sebagai ganti air mata,
dan cahaya petunjuk di sepanjang perjalanan!

Lebih baik kamu memiliki banyak rencana yang belum terlaksana,daripada tidak mempunyai rencana sama sekali;
Lebih baik kamu berdoa diberi kekuatan untuk menghadapi kesulitan,daripada berdoa dijauhi kesulitan;
Kerana doa memberikan kekuatan pada yang lemah,
membuatkan yang tidak percaya menjadi percaya,
dan memberikan keberanian pada yang ketakutan.

Di fikiranmu ada tujuan yang jelas,
Di hatimu ada tekad dan semangat membara,
Di belakangmu ada dorongan orang tersayang,
Di sampingmu ada rakan-rakan yang mendukung,
Di hadapanmu ada kemungkinan tanpa batas.

 Jangan berhenti berjuang!!
berjuanglah hingga ke akhirnya!!!


dari cinta-hamba:
-minggu depan exam dah..huhu..14,15 dan 17 Nov..
-Selamat berjuang menduduki peperiksaan buat diriku dan rakan-rakan seperjuangan..

Posted by cinta-hamba at 12:48 PM 0 comments
Wednesday, October 26, 2011
In: pengisian hati

Jawapan Allah pada keresahan hati kita..subhanallah..


KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI? 

Al-QURAN MENJAWAB :
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.”
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3-

"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah). "
-Al-Baqarah: 214-


 KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?


Al-QURAN MENJAWAB: 
“Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui. ” – Surah Al-Baqarah ayat 216



KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI? 

Al-QURAN MENJAWAB: 
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. ” – Surah Al-Baqarah ayat 286 


KITA BERTANYA : KENAPA RASA LEMAH DAN KECEWA? 

AL-QURAN MENJAWAB: 
“Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman. ” 
– Surah Al-Imran ayat 139 


KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA
 
AL-QURAN MENJAWAB:
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk ” – Surah Al-Baqarah ayat 45


KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI? 

Al-QURAN MENJAWAB: 
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka… ?” – Surah At-Taubah ayat 111


KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

Al-QURAN MENJAWAB: 
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.” – Surah At-Taubah ayat 129


 dari cinta-hamba;
* kredit to cahayamukmin.blogspot utk sumber info ini.
*pesanan buat diri dan semua: kuatkan hati dan teruskan perjuangan..tak lama lagi nak exam..huhu.

Posted by cinta-hamba at 11:45 AM 1 comments
Wednesday, February 2, 2011
In: sulaman manik

sulaman manik bunga2

salam..
Kali ini, hamba akan kongsikan hasil tangan hamba pada cuti lepas, sulaman manik bunga..semoga bermanfaat=)

sulaman bunga-pink..hehe

cantik tak?=)





InsyaAllah,di lain kali hamba akan kongsikan lagi hasil sulaman manik hamba..yg hari tu hamba sulam kt t shirt   rakan hamba..comel tau..tggu ye..=)
Posted by cinta-hamba at 10:24 PM 1 comments
Older Posts
Subscribe to: Posts (Atom)
@ 2011 cinta_hamba; Many thanks to: Blogger Templates / blog Design Company / SEO / free template Blog