Sunday, January 1, 2012
In:
pengisian hati
HIJRAH??SAYONARA JAHILIYAH..KU DAMBA SOLEHAH..=)
Dari Nu'man bin Basyir diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari, Rasulullah SAW mengingatkan mengenai hati, yang bermaksud : "Ingatlah sesungguhnya di dalam jasad manusia itu ada seketul darah, jika ia baik, maka baiklah jasad. Jika ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Itulah dia hati."
Dari mata turun ke hati..pantun-pantun Melayu pun banyak mengatakan tentang hati. Mengapa Hati?Apa kaitannya dengan HIJRAH??
Pada hamba, memang sangat berkaitan. Ya, kerana hati, hamba pernah lalui persimpangan yang berliku dan mengecewakan.Kerana hati juga, hamba mampu bangkit kembali,pada jalan ini.jalan tarbiyyah yang hamba tidak akan sesekali tinggalkan.
Dari hati juga Allah ilhamkan hamba beristikharah,solat yang pernah hamba gentar untuk melakukaannya. Alhamdulillah, Maha Suci Allah, lantaran istikaharah, hamba diberi peluang, peluang kembali pada fikrah diri..mendamba hijrah,untuk jadi baik??ya, menjadi benar-benar BAIK dan Solehah.
Hamba akui hamba bukan lah sebaik wanita, apatah lagi tebal iman di dada, senipis cuma. Namun kerana tidak sebaik mana itulah, hamba seringkali alpa, sehingga lalai pada cinta manusia. Alhamdulillah, syukur..kerana cinta manusia hamba terluka,ya memang hati hamba terluka.TAPI hamba sangat BERSYUKUR. KERANA LUKA itu Allah memberi hamba peluang meraih CINTA NYA yang lebih AGUNG. Kini hamba sedar, baiknya manusia bukan pada rupa, bukan pada warak luarannya, namun iman di dada itulah nilaian hatinya.
"Tidak semestinya LELAKi yang BAIK itu BAIK NILAI HATINYA. NILAI ITU CERMINAN IMAN. Itulah pengajaran berharga yang hamba perolehi. Manusia mampu mencipta seribu alasan untuk melukakan, namun sukar mengungkap bait kemaafan untuk hati yang telah dilukakan. "
CUKUP>>> SELAMAT TINGGAL JAHILIYAH HATI, SELAMAT TINGGAL DUKA, SELAMAT TINGGAL KENANGAN MANUSIA..
Ya Allah,
Terima lah taubat hamba Mu ini
Hapuskan ingatan silamku
Hapuskan duka di hatiku
Hapuskan gangguan pada hatiku
Ya Allah,
Kuatkan hamba pada jalan tarbiyyahmu
Eratkan ukhwah dengan mereka yang mendamba redha Mu
Moga hati ini kembali tenang
Moga keampunan Mu mensuci titik-titik hitam di kalbu
Agar hamba ini mampu kembali kuat
Bangkit..
Kerana ku damba Solehah
"Ibnul Qayyim rahimahullah berkata, “Barangsiapa yang menginginkan kejernihan hatinya hendaknya dia lebih mengutamakan Allah daripada menuruti pelbagai keinginan hawa nafsunya. Hati yang terkongkong oleh syahwat akan terhalang dari Allah sesuai dengan kadar kebergantungannya kepada syahwat. Hancurnya hati disebabkan perasaan aman dari hukuman Allah dan terbuai oleh kelalaian. Sebaliknya, hati akan menjadi baik dan kuat kerana rasa takut kepada Allah dan ketekunan berzikir kepada-Nya.”
Ayuh kita lakukan penghijrahan HATI...=)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Salam~~
Muka kak epa jd muka katun.. Hihi.. Sebiji...=p
Post a Comment