Sunday, December 25, 2011
In:
pengisian hati
Sedih+Redha..yup,kerna Hamba cuma manusia biasa...
Terkadang kita x sedar ketika musibah melanda hati, kita mengeluh..kita berduka..kita terkenang-kenang dan termenung sendiri..itulah kita..kerna kita cuma manusia..yang lemah..
Namun pada hamba, sedih itu perasaan, gembira juga perasaan.usah dilawan namun didiklah ia.
hamba bersedih,hamba juga berduka..biarkan..namun,kerna redha itu anugerah Allah, itu lah kekuatan hamba.
Alhamdulillah ya Allah, duka ini membuat hamba berfikir, membuat hamba muhasabah diri yang hina ini.Membuat hamba mula membuka mata,membuka hati..menyedari bahawa setiap yang terjadi pasti punya hikmahnya.
Mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan?
Mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kering-kontang?
Hanya daripada benih hitam yang kusam, apabila disirami hujan lantas berbunga cantik. Maka tersenyumlah alam. Betapa indahnya aturan Tuhan.
Mengapa tidak ada hujan berpanjangan atau sinar mentari yang menyinari alam?
Mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu?
kerana.....Allah sangat menyayangi hamba Nya..hamba mungking hilang cinta manusia, namun hamba mendapat hadiah paling bermakna,Cinta Yang Maha Esa..
Dengan duka ini, bukan bermakna hidup telah berakhir..ia merupakan satu permulaan..permulaan yang telah dulu hamba tinggalkan..permulaan untuk menjadi lebih baik..benar-benar baik.
Ya,hamba akan berhijrah..hijrah atas segalanya.segala kelalaian hamba mengejar cinta manusia..sehingga pernah membuat diri ini buta..menilai kaca dan permata.
Ya Allah, hamba mohon sucikan titik-titik hitam dosa dalam hati ini,ampunilah hamba Mu ini..
Hamba bersedih dan terkilan kerana itu fitrah hamba, hamba cuma manusia yang lemah, yang juga punya hati yang rapuh.
Hamba berjanji pada diri, tak kan membiarkan hati yang rapuh ini terluka lagi..moga Allah kuatkan hati ini dengan cinta Nya..amin.
Dan hamba dengan tulusnya memaafkan segalanya..
"…dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahawa ALLAh mengampunimu. Dan ALLAh Maha Pengampun, Maha Penyayang.”
– An Nur : 22
Nabi s.a.w bersabda, "Orang yang paling sabar diantara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." (Riwayat Ibnu Abiduyya dan Baihaqi)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
sabar sabar sabar sabar sabar sabar sabar...
Post a Comment